Dia Tidak Sempurna Akal Tetap Ke Masjid


Seorang lelaki tua orang kurang upaya (OKU) berdiri di tengah laluan berhampiran tempat mengambil wuduk di dalam Masjid Mukim Paloh Rawa, Machang, Kelantan sambil membaca bacaan dalam solat .

Lelaki itu kelihatan tidak terurus pakaiannya dan dia dikatakan tidak sempurna akal.

Dalam video ini, lelaki OKU tersebut yang dilihat memakai baju-T serta kain dan berselipar berdiri seperti menunaikan solat serta membaca al-Fatihah dan surah al-Fil.


Jangan hina mereka yang kurang sempurna kerana mereka mungkin dekat dengan tuhan. Di saat kita leka, mereka tetap ke masjid.

Dia Napi berjalan merata-rata. Kadang-kadang dia azan, kadang-kadang dia baca bacaan dalam solat.

Dia tak sempurna akal pun Allah gerak dia ke masjid. Kita ni yang normal pun tak pergi masjid kalau tak hari Jumaat.

Dia lupa siapa dirinya. Tapi dia tidak lupa siapa tuhannya, kita bagaimana?.
 

0/kiriman komen