Buaya ‘Berendam’ Dalam Kolam Hotel


Seekor buaya berenang di dalam kolam sebuah hotel mewah di timur laut Australia kelmarin, namun kejadian itu tidak langsung mengganggu para tetamu yang sedang berehat di tepi kolam.

Menerusi video ini memaparkan seekor buaya kecil sedang ‘berendam’ di dasar kolam hotel di Port Douglas.

Beberapa pelancong kelihatan bersantai di kerusi tepi kolam, namun tiada seorang pun yang berani masuk ke dalam air.


Pengurus hotel, Joseph Amerio berkata, buaya itu dikesan awal pagi kelmarin dan kawasan kolam ditutup sementara sehingga pegawai hidupan liar negeri Queensland datang mengalihkan haiwan tersebut pada waktu petang.


“Pada bila-bila masa sekalipun, tiada tetamu berada di dalam kolam bersama anak buaya itu,” katanya.

Jurucakap Jabatan Alam Sekitar Queensland berkata, renjer hidupan liar telah memindahkan buaya itu ke habitat lain dan meletakkan papan tanda amaran tentang reptilia tersebut di kawasan berkenaan. 
 

0/kiriman komen