CCTV Rakam Penanggal


Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) ini memaparkan  satu lembaga didakwa hantu penanggal terbang melayang pada waktu malam.

Rakaman itu dibuat pada malam kelmarin di Kota Cimahi, wilayah Jawa Barat.

Dalam rakaman ini, satu susuk menyerupai bola terbang dengan apa yang kelihatan seperti rambut mengurai dapat dilihat.


Tidak dinyatakan lokasi tepat rakaman CCTV itu, namun lembaga tersebut dilihat berlegar-legar beberapa saat sebelum ia menghilang.

Mengikut kepercayaan masyarakat Indonesia dan Malaysia, penanggal adalah hantu berbentuk kepala terbang bersama organ dalaman seperti jantung, hati dan usus yang terburai.

Ia dikatakan keluar memburu wanita hamil atau bayi yang baru dilahirkan.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Cimahi, Inspektor Pertama Gofur Supangkat menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan video tular seperti itu bagi mengelakkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Masyarakat perlu lebih bijak menilai setiap maklumat yang diterima."

“Boleh jadi ia sekadar plastik yang terbang ditiup angin atau belon yang sudah kempis,” katanya.

 

0/kiriman komen