Halang Laluan Ambulans


Tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya sambil menghalang laluan sebuah ambulans di lebuh raya semalam mengundang kecaman orang ramai.

Menerusi video ini, sekumpulan penunggang motosikal dengan lagak aksi ‘superman’ dilihat menunggang secara beriringan dan menghalang laluan kanan lebuh raya sehingga menyebabkan ambulans tidak dapat melepasi kenderaan mereka.


Turut di perdengarkan ambulans berkenaan membunyikan siren dan hon berulang kali namun tidak diendahkan kumpulan terbabit yang terus melakukan aksi meniarap di atas motosikal dengan laju.

“Kami respon satu kes MVA (kemalangan jalan raya) car skidded (kereta yang terbabas) di lebuh raya."

“Kami ini dah la nak cepat, lepas itu dalam perjalanan ke sana (lokasi kemalangan), ada pula geng-geng budak tak berapa cerdik ni buat aksi bangang depan kami. Kami bagi hon mereka buat tak tahu. Betul-betul menyusahkan orang!,” kata seorang petugas di ambulan berkenaan.

Nak marah pun tak guna. Masa depan polis trafik di tangan mereka juga.

Mereka nak rasa naik ambulans agaknya, kalau naik ambulans tandanya hidup lagi, kalau naik kereta jenazah , innalillahiwainnailaihirojiun.

0/kiriman komen