Kubur Diceroboh, Jenazah Dihina


Seorang rakyat Palestin meluahkan rasa kecewa selepas menyaksikan kawasan perkuburan pejuang Palestin digali semula oleh rejim pengganas zionis.

Menerusi video ini, cebihan kain kafan serta tulang manusia kelihatan terdedah.

"Perbuatan menggali semula kubur ini bukan sahaja melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, tetapi satu serangan terhadap nilai agama dan kemanusiaan yang memuliakan jasad."

“Kekejaman Israel dalam menghapuskan bukti perjuangan bangsa Palestin dengan menafikan bukti dan simbol ketabahan mereka,” ujarnya.


Untuk rekod, gencatan senjata antara Hamas danpengganas zionis, dijadualkan memulangkan kesemua 48 tebusan yang masih hidup dan mati sebagai pertukaran untuk hampir 2,000 rakyat Palestin yang ditahan oleh Rejim Pengganas  Zionis.

Hanya 15 daripada 28 tebusan yang mati telah dipulangkan setakat ini, dengan mayat mereka tertimbus di bawah runtuhan di seluruh wilayah yang musnah itu.

Kejadian itu sekali lagi mencetuskan kemarahan ramai pihak yang mengecam tindakan pengganas zionis terhadap jenazah para pejuang Palestin.

Semua orang sepatutnya simpan video dan gambar ini sebagai bukti kekejaman mereka, kerana Zionis akan cuba padamkannya dan berpura-pura jadi mangsa.

Saya malu kepada mereka kerana membiarkan ketidakadilan seperti ini terus berlaku.

Semakin tragis, malah lebih teruk lagi. Berapa kali rakyat Gaza perlu mati dalam memperjuangkan diri? Semoga Allah memberikan pembalasan yang paling dahsyat kepada pengganas zionis.

0/kiriman komen