
Seorang pencuri di Boyolali, wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian ramai apabila mengunci dirinya di dalam kereta polis selepas ditangkap.
Kecurian berlaku di sebuah masjid di Dusun Kedung Buntal, baru-baru ini.
Rakaman video ini menunjukkan suspek mengunci dirinya di dalam kereta sambil kedua-dua tangannya digari.
Polis berkata, suspek sempat masuk ke dalam bilik mandi sebelum mencuri sebuah basikal ketika jemaah menunaikan solat Isyak.
Dia bagaimanapun ditangkap oleh warga setempat sebelum diserahkan kepada polis.
Selepas ditahan, suspek mengunci pintu kereta polis agar mereka tidak dapat masuk.
Catat Ulasan