
Rakaman video menakjubkan ini memaparkan pemandangan Banjaran Himalaya.
Banjaran itu nampak jelas selepas hujan baru-baru ini ‘membersihkan’ langit dan mengurangkan tahap pencemaran.
Video ini juga menunjukkan pemandangan jelas puncak Himalaya diliputi salji yang dilihat dari Madhubani.
Pemandangan Himalaya yang megah seperti dilihat dari kampung Jainagar, daerah Madhubani, negeri Bihar.
Menurut laporan, pemandangan jelas seperti itu jarang dapat dilihat.
Banjaran Himalaya yang merentasi lima negara termasuk India dan Nepal, menempatkan beberapa puncak tertinggi dunia, antaranya Gunung Everest dan Kanchenjunga.
Walaupun Banjaran Himalaya sebenarnya berada beratus-ratus kilometer dari Madhubani, keadaan cuaca yang ideal kadang kala menampakkan ia seperti sebahagian kawasan di Bihar.
Catat Ulasan