Pengotor, Baik Duduk Reban Saja


Tindakan tidak bertanggungjawab seorang penghuni sebuah pangsapuri yang membuang ‘sampah’ dari tingkat 30 mencetuskan kemarahan ramai sehingga individu tersebut ‘dicop’ sebagai pengotor.

Menerusi video ini, kita rasa jijik dengan sikap penghuni tersebut yang tergamak membuang tuala wanita berdarah ke bawah pangsapuri.


Tengok ni, ada pula dia boleh buang pad berdarah tu dari atas. Dekat tingkap pun ada kain dengan kesan najis. Sangatlah jijik dan menyusahkan orang.

Rata-rata mengecam perbuatan itu dan mengharapkan pihak pengurusan mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat.

Motif apa  buang pad dekat luar macam tu? Kenapa dia macam tu? Orang apa yang duduk dekat situ?.

Aku emosi jumpa orang pengotor. Rumah kondominium tapi boleh dibiarkan macam tu pula. Baik duduk reban je, orang duduk flat pun dalam macam kondominium.
 

0/kiriman komen