
Seorang wanita diseret seekor buaya selepas dia diterkam ketika mandi di sebatang sungai di Jaipur, India.
Rakaman video ini menunjukkan reptilia itu menarik tubuh mangsa yang tidak bernyawa.
Mayat Soudamini Mahala, 57, diseret ke hilir sungai, manakala penduduk kampung yang terkejut hanya mampu menjerit dari jambatan berhampiran.
“Wanita itu sedang mandi di Sungai Kharasrota sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan), Isnin lalu. Seekor buaya menariknya ke arus deras sungai."
“Penduduk kampung yang berada di tebing sungai cuba mengejar reptilia itu tetapi gagal menyelamatkannya,” kata seorang pegawai polis.
Catat Ulasan