
Keadaan persekitaran bandar Hatyai, Thailand yang berlumpur, ditambah lagi dengan fasiliti dan bangunan rosak akibat banjir disifatkan seperti dilanda tsunami.
Antara lain yang boleh dilihat pada video ini ialah kerosakan barangan berharga milik pemilik premis perniagaan, pelbagai jenis kenderaan tersadai rosak, malah turut terjejas kawasan hotel yang sebelum ini menjadi tumpuan pelancong asing.
Orang ramai termasuk rakyat Malaysia bersimpati dengan bencana banjir di Hatyai dan mereka turut berdoakan keadaan di sana kembali pulih.
Bagai dibadai tsunami yang tiada tanda. Tahu-tahu lenyap segala kemeriahan. Semoga dipermudah urusan mereka semua. Berbeza agama bukan menjadi sebab dan asbab kita boleh mengeji musibah orang.
Hanya yang pernah melalui suasana banjir tahu akan peritnya kesan lepas banjir.
Catat Ulasan