Beg Telekung Pun Dah Tidak Selamat


Seorang pekerja wanita berdepan detik cemas apabila beg miliknya dicuri ketika berada di tempat kerja di pasar raya Lotus’s Seri Alam, Johor Bahru, kelmarin.

Menerusi video ini , kelihatan seorang lelaki menarik beg milik wanita tersebut yang disangkakan mengandungi barangan berharga, namun ia hanyalah beg telekung solat.

Menurut mangsa, hanya telekung tersebut berjaya dilarikan, namun bernasib baik apabila telefon bimbitnya terjatuh ketika beg itu ditarik.


Tambahnya, lelaki tersebut berpusing mengelilingi lot kedainya sebanyak dua kali sebelum bertindak mencuri beg telekungnya.

“Ujian untuk saya hari ini. Berlaku kes kecurian di tempat kerja saya, saya baru balik solat maghrib dan letak beg sekejap di belakang sebab nak betulkan gelang."

“Bila tengok semula rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), lelaki ni rupanya sudah pusing dua kali untuk pastikan keadaan selamat atau tidak. Telefon saya terjatuh masa pencuri tu kelam kabut nak lari. Saya cuba kejar dia, tetapi hilang tak nampak bayang,” katanya lagi.

Mangsa turut berharap agar kejadian ini dijadikan pengajaran serta peringatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati.


0/kiriman komen