Burung Pun Tergamak Curi


“Gagal jadi manusia, burung pun dicuri.”

Seorang lelaki mencuri burung peliharaan mengundang kemarahan orang ramai di Kota Bharu, awal pagi kelmarin.

Lelaki tersebut dipercayai memakai jaket berwarna merah dan topi keledar putih mencuri dua ekor burung di kawasan perumahan Telipot, Kota Bharu.

Ada sesiapa yang kenal lelaki yang curi burung di kawasan perumahan Telipot, Kota Bharu?.

Lelaki berkenaan menghampiri kawasan perumahan itu seawal 4 pagi, sebelum melarikan burung tersebut.


Rakaman CCTV itu sudah cukup jelas memperlihatkan wajahnya.

CCTV sekarang banyak di semua tempat, pencuri dan penyamun zaman sekarang ini memang berani.

Mudah betul jadi manusia sekarang ini, malas bekerja boleh mencuri saja. Kalau tak mahu fikir tentang dunia, fikirlah tentang akhirat nanti kerana mencuri ini azabnya berat.

Selepas ini boleh letak alarm (penggera), biar terkejut pencuri. CCTV dah sesuai sebab letak tinggi, nampak jelas muka orangnya.
 

0/kiriman komen