Jari Tersepit Di Celah Lubang Kerusi Plastik


Kejadian lucu apabila jari seorang wanita tersepit di celah-celah lubang kecil di sebuah kerusi plastik sehingga terpaksa memanggil pasukan bomba.

Menerusi video ini, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah pejabat apabila wanita berkenaan tidak dapat mengeluarkan jarinya yang tersepit selepas cuba menariknya keluar.


Situasi itu menyebabkan wanita itu dan rakan-rakannya terpaksa memanggil bomba bagi membantu mengeluarkan jari tersebut.

Apabila tiba, kelihatan anggota bomba berusaha menanggalkan jari mangsa menggunakan peralatan khas untuk memotong kerusi plastik itu bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

Walaupun situasi itu agak mencemaskan, gelagat wanita berkenaan yang kelihatan malu dan beberapa individu di sekeliling yang cuba menahan ketawa mencetuskan suasana lucu.

Habislah kena ‘bahan’ (ejek) setahun dengan kawan-kawan lepas ini. Dah macam tak ada kerja lain kau nak buat kak.

Padahal kalau ada minyak atau sabun boleh je keluarkan tu, tapi sebab kau panik kan kak. Tak apalah janji semua selamat.


0/kiriman komen