Penyeluk Saku ‘Sakau’ RM10,000 Ketika Lintas Jalan


Seorang wanita meluahkan rasa kesal selepas berkongsi rakaman penyeluk saku di Bukit Bintang menyebabkan ahli keluarganya mengalami kerugian sehingga mencecah lebih RM10,000, malam tadi.

Wanita itu berkata kejadian berlaku ketika melintas jalan di lampu isyarat, apabila penyeluk saku itu muncul di tengah kesesakan orang ramai.

“Jumlah kerugian kira-kira RM8,200, termasuk wang tunai RM3,200 serta dua keping dinar syiling yang disimpan di beg sandang."


“Mohon orang ramai kongsikan perkara ini. Sekiranya ada sebarang maklumat, boleh dilaporkan kepada Balai Polis Dang Wangi,” ujarnya.

Daripada gaya penyeluk saku itu, jelas ini bukan kali pertama dan memang dilakukan secara berkumpulan. Semoga segala urusan dipermudahkan sebab ada bukti jelas.

Lelaki (penyeluk saku) itu memang selalu ada di kawasan Bukit Bintang.

Kalau melancong, memang agensi pelancongan akan nasihat untuk elakkan memakai beg sandang belakang.
 

0/kiriman komen