
Kebanyakan penduduk di sekitar daerah Sepang khususnya di Taman Sri Bayu dan Bagan Lalang melalui malam yang cukup mencemaskan apabila ribut kuat melanda tanpa henti sejak lewat malam kelmarin hingga awal pagi.
Keadaan angin kencang disertai hujan lebat itu bukan sahaja mengganggu waktu rehat, malah memaksa ramai penduduk berjaga-jaga sepanjang malam bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Menerusi video ini menunjukkan keadaan ribut kuat yang melanda kawasan tersebut pada tengah malam kelmarin.
Ribut tersebut turut menyebabkan insiden pokok tumbang di beberapa lokasi.
Habis pokok tumbang. Kedai makan ikan bakar lepas Sepang Goldcoast tu pon ranap timpa pokok.
Sementara itu, penduduk lain turut memaklumkan beberapa rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin.
Ribut kawasan sini mula datang dalam pukul 1.30 pagi kelmarin itu, memang kuat sangat, hingga dengar bunyi bumbung rumah penduduk terangkat.
Catat Ulasan