‘Rider’ Sapu Serpihan Kaca


Tindakan seorang pekerja penghantaran membersihkan serpihan kaca di atas jalan raya di pekan Arau, Perlis, menarik perhatian ramai.

Menerusi video ini, lelaki berkenaan dilihat membersihkan kaca yang berselerakan di bawah jejambat menggunakan penyapu dan penyodok.

Tindakan sangat bermakna dan menyentuh jiwa siapa yang tengok. Terima kasih orang baik.


Patut pihak berwajib kena bagi penghargaan kepada dia. Kalau dia tidak tolong, boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya, terutamanya penunggang motosikal.

Sangat berterima kasih. Ini kalau motosikal terkena serpihan, boleh koyak tayar dan rosak rim. Sudah tidak boleh pakai dan perlu ganti baru. Semoga selalu dalam rahmat-Nya.

Benda yang tidak semua orang mampu buat walaupun hanya mungkin tendang objek tengah jalan ke tepi.
 

0/kiriman komen