Salah Treler Atau Kereta Parkir


Susulan insiden membabitkan lima buah kenderaan yang diseret sebuah treler berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie, Shah Alam, pada Rabu lalu, dipercayai berpunca daripada isu parkir di kawasan berkenaan.

Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) salah sebuah kenderaan yang berada di lokasi kejadian, kelihatan sebuah treler berwarna biru secara tidak sengaja menyeret beberapa kereta di bahu jalan kerana ruang laluan terlalu sempit untuk dilalui.

Difahamkan, ketiadaan ruang parkir mencukupi di kawasan sekitar stesen berkenaan menyebabkan ramai pemilik kenderaan meletakkan kereta di bahu jalan, sekali gus menghalang pergerakan kenderaan bersaiz besar seperti bas dan lori.

 

Ramai yang rasa kesal terhadap kejadian tersebut serta menyifatkan isu kekurangan parkir di stesen itu sudah lama berlarutan tanpa penyelesaian.

Dekat sini memang ada banyak masalah dari dulu lagi, yang pertama masalah parkir yang tidak cukup. Pihak kerajaan minta rakyat gunakan pengangkutan awam tapi tak sediakan ruangan parkir yang cukup. Ketiga, bas ‘shuttle’ tidak efisien.

Jangan korang semua nak salah lori itu pula atau pemandu kereta-kereta tepi itu. Mereka semua jadi macam itu sebab sudah tiada pilihan. Lori itu pun nak reverse (undur) pun tak boleh. Jadi, solusinya kena redah sahajalah.

Yang tidak pernah datang sini (Stesen LRT Glenmarie) waktu pagi nak pergi kerja memang takkan tahu yang susah nak cari parkir. Selalunya parkir berbayar sudah penuh walaupun korang datang awal. Pukul 8 pagi memang sudah penuh bukannya  yang parkir di luar mengada ngada malas bayar sebab itu letak kereta dekat situ.

Sebelum ini lima buah kenderaan yang diletakkan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie, Shah Alam, dipercayai dilanggar, Rabu lalu.

Insiden berkenaan menyebabkan kenderaan yang terbabit mengalami kerosakan yang teruk pada bahagian depan dan sisi kanan kereta-kereta tersebut. 
 

0/kiriman komen